Empangan Kelau

Empangan Kelau merupakan sebuah empangan di Pahang. Empangan setinggi 30 meter seluas kawasan 24 km persegi akan dibina di Sungai Kelau, Raub, Pahang. Projek di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) ini bakal dilaksanakan antara 2006-2010. Muka sauk di Semantan dan stesen pam mempunyai dua paip. Panjang 11.8 km dengan 3.0 diameter. Empangan Telemong di Sungai Telemong, Karak, Pahang turut dirancang. Tapi kerajaan negeri Pahang minta Empangan Telemong dibatalkan.Pembinaan paip dan terowong dari Empangan Kelau dan Empangan Semantan ke Hulu Langat, Selangor merentasi Banjaran Titiwangsa menggunakan teknologi dan sumber kewangan dari Jepun.Projek ini melibatkan tiga lembangan iaitu Kelau, Telemong dan Bentong dengan kos lebih RM3.8 bilion. Ini termasuklah RM1.606 bilion untuk pembinaan terowong penyaluran air sepanjang 44.6 kilometer dan jalan masuk ke empangan. RM948 juta bagi pembinaan Empangan Kelau, muka sauk dan stesen pam Semantan serta saluran paip berkembar sepanjang 11.8 kilometer. Yuran perkhidmatan juruperunding dan kontingensi adalah RM800juta.Paip dan terowong ini akan melalui ladang getah, ladang kelapa sawit, bukit yang curam dan kawasan berhutan Banjaran Titiwangsa seperti Hutan Simpan Lakum. Di Hulu Langat, saluran terowong sepanjang 44.6 km dengan 5.2 diameter dan cadangan loji rawatan air akan ditempatkan berhampiran Sungai Air Jernih, kira-kira 5km ke barat daya pekan Hulu Langat dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Langat.